1. Pengertian khurafat

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :

“Jauhilah dari tujuh dosa besar iatu mempersekutukan Allah (syirik) dan sihir, dan membunuh orang kecuali kerana hak, dan memakan riba dan memakan harta anak yatim dan lari pada hari peperangan dan menuduh orang perempuan yang salih melakukan kejahatan (zina)”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari Dan Muslim)

 

CIRI-CIRI AMALAN KHURAFAT YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM

1) Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah secara yang bertentangan dan tidak selaran dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, seperti mempercayai ada kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci al-Qur’an, mempercayai ada lagi kiblat lain dari Kaabah.

2) Mempertikaikan kebenaran al-Qur’an dan atau al-Hadits yang diakui shahih oleh ulama hadits.

3) Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang yang mendiayahkan dirinya sendiri atau orang lain sebagai Nabi terakhir, Nabi Isa ‘alaihissalam, Imam al-Mahdi al-Muntazhar atau lain-lain istilah yang seumpamanya.

4) Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia.

5) Pendewaan diri atau pemimpin, atau kumpulan ajaran tersebut secara yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah seperti memastikan dirinya atau gurunya ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih dari empat.

6) Mengadakan bidaah dan pendapat baru yang bertentangan dengan aqidah dan syariah yang diasaskan kepada dalil Qat’ie dan tidak boleh dipertikaikan. Sebagai contoh menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang Jumaat, puasa bulan Ramadhan, menunaikan fardhu haji ke Mekah dan seumpamanya.

7) Mentafsir dan menghuraikan al-Qur’an dan atau al-Hadits mengikut sesuka hati.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: