1. Percaya Kepada Qadha Dan Qadar

DEFINISI QADHA DAN QADAR

Dari sudut bahasa Qadha bermaksud hukum atau takdir Allah, manakala Qadar pula merupakan keputusan Allah. Dari sudut istilah, Qadha ialah ilmu Allah pada azali yang Allah subhanahu wataala membuat keputusan dengannya manakala Qadar pula ialah perlaksanaan kepada apa yang di qadhakan Allah pada azali itu.

Berdasarkan definisi ini, Qadha dan Qadar mempunyai perkaitan yang kuat antara satu sama lain dan sekali-kali tidak dapat dipisahkan kerana salah satu darinya bertindak sebagai asas, manakala yang atu lagi bertindak sebagai binaan.

Hukum beriman kepada Qadha dan Qadar adalah wajib dan termasuk di dalam rukun iman yang enam. Beriman kepada kehendak Allah subhanahu wataala yang mesti terlaksana dan kekuasaannya yang mutlak lagi menyeluruh. Beriman tanpa berbelah bagi tentang kehendaknya yang pasti berlaku dan perkara yang tidak dikehendaki tidak akan berlaku. Gerak atau diam yang berlaku di langit, di bumi dan dimana-mana saja adalah dengan kehendaknya. Dialah yang berkuasa di atas segala sesuatu yang wujud dan yang tidak wujud. Ke semua makhluk sama ada yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah makhluknya dan dialah pencipta, pentadbir dan pengaturnya.

Dalil wajib beriman kepada qadha dan qadar daripada al-quran,

“Sesungguhnya kami telah menciptakan sesuatu takdir (yang telah ditetapkan)” (Al-Qamar:49)

“Tidaklah ada sebarang keberatan yang ditanggung oleh Nabi dalam melaksanakan perkara yang telah ditetapkan Allah baginya. (Yang demikian itu) adalah menurut peraturan Allah yang tetap, yang berlaku juga kepada Nabi-nabi yang telah lalu. Dan ingatlah perintah Allah itu adalah satu ketetapan yang ditentukan berlaku” (Surah Al-Ahzab:38)

Daripada Al-Hadith:-

1. Sabda Rasulullah s.a.w :-

“Iman itu ialah engkau beriman dengan Allah, Malaikat, Kitab-kitab dan Rasul-rasul dan engkau beriman dengan qadha yang baik dan juga jahat”

(Riwayat Muslim)

2. “Bekerjalah, setiap orang akan dimudahkan kepada apa yang dia diciptakan untuknya”

(Riwayat Muslim)

Hikmat percaya kepada qadha dan qadar ialah:-

1. Penyerahan diri yang sempurna kepada Allah Taala

2. Pembinaan iman yang teguh

3. Berani berjihad dan menyatakan kebenaran

4. Tidak kecewa terhadap apa yang berlaku kepada diri

5. Kemampuan mengawal diri

6. Redha kepada takdir

7. Berhati-hati dalam menjalankan kehidupan

8. Sabar dalam menghadapi bala bencana

9. Qanaah terhadap pembahagian Allah

10. Bersih diri dari sifat tamak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: