2. Perselisihan Pendapat Manusia Di Sekitar Qadha Dan Qadar

Pendapat Qadariyah

Fahaman Qadariyah pada hakikatnya adalah sebahagian dari fahaman Muktazilah, kerana imam-imamnya terdiri dari orang-orang Muktazilah.

Fahaman Qadariyah memfatwakan bahawa sekalian pekerjaan manusia yang baik adalah tuhan yang menciptakan, tetapi pekerjaan manusia yang buruk dan yang maksiat maka orang itu sendirilah yang menciptakannya, tidak ada sangkut pautnya dengan Tuhan.

Kaum Qadariah beri’tiqad bahawa perbuatan manusia diciptakan oleh manusia sendiri dengan kudrat yang telah diberikan Tuhan kepadanya sejak mereka lahir ke dunia. Tuhan sama sekali tidak ada hubungannya dengan manusia sekarang, bahkan Tuhan tidak tahu sebelumnya apa yang akan dikerjakan oleh manusia. Hanya setelah manusia mengerjakan perbuatannya barulah Tuhan mengetahui apa yang dikerjakan manusia itu.

Tetapi Tuhan akan memberi pahala kepada manusia atas perbuatannya yang baik kerana manusia itu memakai kudrat yang diberikan Tuhan kepadanya dengan baik, dan sebaliknya akan menghukum manusia kalau berbuat dosa kerana memakai kudrat yang diberikan Tuhan kepadanya dengan cara yang tidak baik.

Mereka menggunakan alasan bahawa oleh kerana amal perbuatan manusia itu ada yang baik dan ada pula yang jahat, maka mestilah tidak dilibatkan Allah dengan sebarang amal perbuatan manusia yang berbentuk jahat itu dan memenag tidak munasabah sama sekali hendak mengaitkan dan melibatkan Allah SWT dengan amal perbuatan jahat manusia itu. Oleh yang demikian golongan ini telah emngambil keputusan untuk menganut suatu aliran yang menafikan qada dan qadar Allah atas amal perbuatan manusia.

Pendapat Jabariyah

Mazhab ini dinamakan mazhab Jabariyah yakni mazhab orang-orang yang berfahaman tidak ada ikhtiar bagi manusia. I’tiqadnya pada mulanya hampir sama dengan I’tiqad Ahlusunnah Wal Jamaah, iaitu berpendapat bahawa sekalian yang terjadi dalam alam ini pada hakikatnya semuanya dijadikan Tuhan.

Tetapi kaum Jabariyah yang diketuai oleh Jaham bin Safwan sangat keterlaluan sehingga sampai kepada i’tiqad bahawa kalau kita meninggalkan sembahyang atau berbuat kejahatan maka semuanya tidak apa-apa, kerana hal itu dijadikan oleh Tuhan.

Mazhab ini dinamai mazhab Jabariyah kerana mereka beri’tiqad bahawa segala gerak manusia dipaksa oleh Tuhan.

Kaum Jabariyah berfatwa bahawa iman itu cukup kalau sudah mengakui dalam hati saja, walaupun tidak diikrarkan dengan lisan.
Di samping itu juga aliran ini telah menyamaikan perasaan malas bekerja di kalangan sebilangan besar kaum muslimin, dengan demikian maka mereka jadi sebuah masyarakat yang lemah, pemalas dan simbol kemunduran dan ketinggalan. Dengan demikian musuh-musuh Islam mendapat kesempatan yang terbuka untuk mengecam iktikad kepercayaan dan pegangan hidup kaum muslimin dan melakukan penakhlukan ke atas masyarakat umat Islam yang menganut aliran Jabariah ini, dengan memandang rendah umat Islam itu dan menggangap mereka sudah mati walaupun mereka masih bernyawa.

Pendapat Muktazilah

Perkataan “Muktazilah” berasal dari kata “I’tizal” ertinya menyisihkan diri. Kaum Muktazilah bererti kaum yang menyisihkan diri.

Salah satu keistimewaan bagi kaum Muktazilah ialah cara mereka membentuk mazhabnya, banyak mempergunakan akal dan lebih mengutamakan akal, bukan mengutamakan Quran dan Hadis.

Kaum Muktazilah berpendapat, bahawa buruk dan baik ditentukan oleh akal. Mana yang baik baiklah dia dan mana yang buruk kata akal buruklah dia. Kepercayaan seperti ini tidak dibenarkan oleh kaum Ahlusunnah Wal Jamaah kerana yang menentukan buruk dan baik itu adalah Tuhan dan RasulNya, atau katakanalah al-Quran dan sunnah, bukan akal.

Kaum Muktazilah mengi’tiqadkan bahawa pekerjaan manusia diadakan oleh manusia sendiri, bukan oleh Tuhan. Tuhan sama sekali tidak tahu apa yang sedang dan yang akan dibuat oleh manusia. Bagi kaum Muktazilah, khaliq itu dua:

Pertama: Tuhan yang menjadikan langit dan bumi dan
Kedua: manusia yang menjadikan perbuatannya sendiri

Pendapat Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Maksud beriman kepada qada’ dan qadar ialah:-

1. Meyakini dan mempercayai bahawa segala yang berlaku ke atas manusia bahkan ke atas seluruh isi alam ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak dari azali lagi.

2. Segala ketentuan baik dan ketentuan buruk telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.

Dalil wajib beriman kepada Qadha dan Qadar

Sabda Rasulullah S.A.W

Ertinya :”Maka beritahulah kami (Hai Rasulullah) tentang iman! Nabi Muhammad menjawab: “Engkau mesti percaya kepada adanya Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitab suci-Nya, Rasul-rasulNya, Hari Akhirat dan Qadha dan Qadar, (nasib baik dan nasib buruk).” (Hadis riwayat Imam Muslim)

Golongan ini berpendapat bahawa segala kejadian baik atau buruk ditentukan Allah, tetapi manusia mempunyai pilihan iaitu ikhtiar untuk menentukan untung nasibnya.

Contohnya : Kehidupan seseorang yang masih boleh berubah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: